Kerjaya sebagai jurulatih M. Karathu

Beliau telah memulakan kerjaya jurulatihnya pada 1971, memenangi Piala Burnley (warisan kepada Piala Presiden) dengan pasukan bawah-20 tahun Perak. Beliau juga melatih pasukan Persatuan India Kinta (Kinta Indian Association - KIA) di dalam kejohanan Piala FAM.

Karathu sudah berada di dalam Negeri Sembilan FA, tiga kali melatih Perak FA, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-21 tahun, Woodlands Wellington FC di Singapura, dan pasukan bola sepak kebangsaan Sri Lanka. Dengan melatih pasukan Sri Lanka, beliau menjadi jurulatih Malaysia pertama melatih sebuah pasukan negara asing.

Sebagai ketua jurulatih, kejayaan di peringkat kelab termasuklah memenangi Piala FA bagi Perak terhadap pasukan Selangor pada 1990. Pada tahun 2001, beliau melatih Perak ke akhir Piala Malaysia . Beliau juga mengemudi Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 2011 beliau mengemudi Kelantan memenangi gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan pertandingan Liga Super Malaysia 2011.

Karathu meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan, selepas gagal mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2010 dengan tewas kepada Terengganu FA di dalam peringkat suku akhir pertandingan Piala Malaysia 2011.[1]